SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2025 MEMPERKUKUH HUBUNGAN BUDAYA MALAYSIA-CHINA
"SATU PERAYAAN, SATU PERSAHABATAN
25 JANUARI, KUALA LUMPUR – Sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China, sambutan Tahun Baru Cina 2025 kali ini menjadi lambang keharmonian budaya dan perpaduan rakyat.
Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Ucapan aluan pula telah disampaikan oleh menteri pelancongan kedua-dua buah negara iaitu YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan TYT Sun Ye Li, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Republik Rakyat China.
Turut hadir ke majlis ini ialah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama sekitar 1,200 para tetamu lain yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti para penggiat industri, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Delegasi dari Republik Rakyat China dan Pihak Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, serta ramai lagi.
Bersama-sama, kita raikan kepelbagaian dan kekuatan persahabatan yang telah membina jambatan budaya dan ekonomi. Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara bermakna ini!