KUALA LUMPUR INTERNATIONAL TATTOO 2014
PERARAKAN PASUKAN BERSERAGAM YANG TERUNGGUL DI DUNIA
Putrajaya, September 2014 – Bersedialah untuk diilhamkan oleh perarakan pasukan berseragam yang terunggul pernah diadakan di Malaysia dengan persembahan-persembahan menarik seperti tarian perang, pasukan beg paip dan pancaragam, perarakan pembarisan, demonstrasi ketenteraan dan persembahan meriam.
Persembahan yang menarik ini akan diaksikan oleh Polis Diraja Malaysia dan Tentera Darat Diraja Malaysia berserta askar dan tentera bersenjata yang terlatih dari negara-negara lain termasuk Brunei Darussalam, India, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, dan United Kingdom.
Perarakan Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 merupakan anjuran Angkatan Tentera Malaysia bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan ianya akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Malaysia pada 11 Oktober 2014.
Persembahan tentera yang hebat ini akan diadakan selama tiga hari di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, berserta gabungan pelbagai persembahan lain di pusat membeli-belah di seluruh Malaysia. Di sini seluruh deria anda pasti terpesona dengan paparan pembentukan ikon yang dipersembahkan. Jamu mata anda dengan pergerakan ketenteraan yang cukup teliti. Persembahan muzik orkestra yang berkuasa tinggi dan berkualiti amat menarik hati.
Perarakan Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 merupakan salah satu acara utama dalam Tahun Melawat Malaysia 2014, dan ia dianjurkan dengan visi bagi mempromosi persahabatan dan kerjasama di antara Malaysia dan negara-negara luar.
Acara ini akan menjadi satu perayaan yang lebih berwarna-warni dengan perarakan peserta dalam pelbagai pakaian seragam istiadat mereka, lengkap dengan semua butang dan lencana yang berkilat. Persembahan pasti mempesonakan sesiapa sahaja, sama ada penonton tempatan atau pelancong, yang muda ataupun tua.
Penonton pasti kagum dengan perarakan yang menggabungkan peralatan muzik tembaga, disiplin dan koreografi kreatif, tarian serta pergerakan lain yang diiringi muzik.
Perarakan Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 melambangkan maruah dan kebanggaan sesetengah wira terunggul dunia pasukan berkuda, melorek kenangan indah yang akan sentiasa terpahat di hati peserta dan penonton di acara tersebut.
Tarikh Aktiviti Tempat Masa
Persembahan Utama
Jumaat, 10 Okt 2014 Persembahan Terbuka Stadium Merdeka 7.00 mlm
Sabtu, 11 Okt 2014 Majlis Perasmian
dan Persembahan Terbuka Stadium Merdeka 7.00 mlm
Ahad, 12 Okt 2014 Persembahan Terbuka Stadium Merdeka 7.00 mlm
Persembahan Pocket Dengan Pancaragam Statik Dan Stand Loner Pipe
Sabtu, 13 Sept 2014 Lanai Seni,
Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur 3.00 mlm
Ahad, 14 Sept 2014 Pudu Sentral Kuala Lumpur 3.00 mlm
Sabtu, 16 Sept 2014 Mydin Mall Meru Ipoh, Perak 3.00 mlm
KLCC Kuala Lumpur 5.00 mlm
Sabtu, 20 Sept 2014 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah 3.00 mlm
Berjaya Times Square Kuala Lumpur 12.30 tgh
Ahad, 21 Sept 2014 Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur 4.30 ptg
Sunway Pyramid Petaling Jaya 12.30 tgh
Paradigm Mall Petaling Jaya 4.00 ptg
Rabu, 24 Sept 2014 Alamanda Putrajaya 8.00 ptg
Jumaat, 26 Sept 2014 The Curve Kuala Lumpur 4.00 ptg
Sabtu, 27 Sept 2014 Amcorp Mall Petaling Jaya 12.30 tgh
PD Walk Port Dickson,
Negeri Sembilan 3.00 ptg
Ahad, 28 Sept 2014 Pavilion Kuala Lumpur 12.30 tgh
Central Market Kuala Lumpur 4.00 ptg
Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web www.vmy2014.com atau https://www.facebook.com/VisitMsiaYear2014.